Abad ke-19 dan ke-20 Gambaran budaya terhadap anjing

Anggota Kenamaan Persatuan Kemanusiaan oleh Sir Edwin Landseer.Cik Beatrice Townsend oleh John Singer Sargent.

Gambar yang berjudul Anggota Kenamaan Persatuan Kemanusiaan (Bahasa Inggeris: A Distinguished Member of the Humane Society) menggambarkan seekor anjing yang sangat dikenali di London pada masa itu. Anjing tersebut digambarkan oleh Sir Edwin Landseer 1838, merupakan seekor anjing Newfoundland dipanggil "Bob", yang dijumpai di dalam sebuah bangkai kapal di luar pinggir laut England. Anjing berkenaan menjumpai jalannya ke tepian air London tempat ia dikenali kerana menyelamatkan orang daripada tenggelam, sejumlah dua puluh tiga kali melalui empat belas tahun. Oleh sebab ini, ia dijadikan sebagai anggota kenamaan Persatuan Kemanusiaan Diraja, menganugerahinya pingat dan capaian kepada makanan.[18] Anjing Newfoundland dengan tompok putih kini diiktiraf sebagai baka sendiri, sebagai "anjing Landseer".[19]

Lukisan tersebut diperihalkan oleh The Art Journal 1838 sebagai "salah satu terbitan terbaik dan paling menarik tahuna," dan "usaha besar pertama En Thomas Landseer dalam jabatan seni ini."[20] Suatu salinan abad ke-19 bagi lukisan itu oleh George Cole dijual oleh jurulelong Bonhams buat £7,200 pada Mac 2007.[21]

Menjelang era Victoria, tradisi yang sporting kekal tetapi selepas penubuhan The Kennel Club di United Kingdom pada 1873 dan American Kennel Club pada 1884 memperkenalkan piawaian baka atau 'gambar kata', potret anjing meningkat kepopularannya.[17] Ada perbezaan antara gaya penggambaran British dengan Eropah; William Secord, seorang pakar seni anjing sedunia,[22] menggambarkannya dengan menyatakan: "Seniman Belgium, Belanda, Flanders dan Jerman lebih dipengaruhi oleh realisme, menggambarkan anjing dengan cara kelihatannya, dengan tanah pada bulunya dan air liur dan perkara sebegitu. Anda melihat Alfred Stevens, orang Belgium, melukis anjing jalanan dan anjing yang menderita, yang di England tidak akan anda lihat. Gambaran British lebih diunggulkan. Mereka menghendakinya cantik.”[23]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Gambaran budaya terhadap anjing http://www.artandantiquesmag.com/2012/02/dog-star/ http://www.bonhams.com/eur/auction/14971/lot/12/ http://www.dogpainting.com/info_detail.cfm?type=re... http://books.google.com/books?id=fLjd0fyT0_IC http://moderndogmagazine.com/articles/picassos-dog... http://www.petcentric.com/read/articles/dogs-in-ar... http://www.questia.com/read/1G1-74628439/who-let-t... http://www.ralphlaurenhome.com/design/art_gallery_... http://www.scottish-wedding-dreams.com/heraldic-an... http://www.earlham.edu/~peters/writing/rudeness.ht...